Ads 468x60px

Tuesday, 7 April 2015

Perginya Tiada Ganti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya doakan anda sentiasa sihat dan berada didalam keredhaan Allah S.W.T.

Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati.



Ayah Pergi Tinggalkan Kami 

Pejam celik pejam celik dah lebih 100 hari ayah meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Ayah telah meninggalkan kami pada 10.12.2014.

Kasih ayah memang tiada galang ganti. Kadang-kadang terfikir, kenapa Allah terlalu cepat 'panggil ayah balik'..sedangkan kami masih menagih kasih ayah.

Kenangan Seminggu Sebelum Ayah Pergi

Sesungguhnya perancangan Allah sangat cantik. 

Seminggu sebelum ayah meninggal, rumah ayah memang tak pernah sunyi. 

Pada masa tu saya ambil cuti selama seminggu, kebetulan pulak time tu cuti sekolah. Adik-beradik lain pun sama selalu jer balik.

Hari pertama saya balik kampung, ayah mintak sup tulang. Macam biasalah kalau saya yang jadi tukang masak, memang lambatlah orang akan makan lunch..hihi.

Maklumlah, masa breakfast dah makan macam-macam...nasi lemak, roti canai, kuih-muih. 

Sekali-sekala balik kampung, memang makan tak ingat. Lagipun, rasa nasi lemak kat kampung ngan kat KL memang lain. 

Ermm nak masak sup tulang ni bukannya sekejap. Kena betul-betul empuk, klu tak ayah tak boleh makan sebab gigi tinggal satu jer kat depan..hihi (teringat mia, dia pernah buat 'lawak', cakap nak bagi gigi dia pada to'ki sebab kesian tengok to'ki tak der gigi...huhu)

Dah sudah masak sup tu, saya terus hidangkan untuk ayah..tapi...kena marah pulak sebab lambat sangat hidang makan tengah hari. Tapi hari tu hati sangat cekal, duduk jer sebelah ayah. Tunggu dia makan..dalam hati terdetik..tak per, jangan kecik hati. Ni masa untuk berbakti pada ayah.

Ada lagi satu insiden. Kebetulan haritu masak nasi bubur tapi nasi tu tak berapa nak jadi bubur sangat. 

So bila hidang kat ayah, saya campur terus kuah sup tadi dalam nasi bubur tadi. 

Bila dia tengok jer nasi tu terus kena marah lagi. Tahu ayah cakap apa..."ni nasi apa ni?? macam nasi itik jer"...huhu... 

Tapi tabah jugak tunggu ayah habis makan. Lepas dia makan satu sudu terus diam, sedap agaknya...kuikui. 

Sebab takut kena marah lagi, esoknya terus siapkan lunch sebelum kol 12. So, by 12.00pm, dah hidangkan ayah makan tengah hari. 

Time tu saya memang suka masak, seronok tengok ayah makan..berpeluh-peluh. 

Ayah cakap, ayah cepat lapar. Sebab tu dia marah kalau lambat sediakan makanan. 

Tak per ayah, kami faham. Apa sahaja yang ayah cakap nak makan kami akan usahakan. 

Banyak betul kenangan dengan ayah minggu tu. 

Ingat lagi, ada 2 benda ayah mintak. 

Pertama, ayah mintak belikan cermin mata. 

Ayah cakap..."rasa macam nak buat spek, macam kabur jer mata ni" 

Saya cakap.."jomlah, bajet dalam RM200 boleh dapat kot" 

Tapi ayah jawab..."tak nak lah. Ayah nak cermin mata mahal, kurang-kurang seribu" 

Terus dia gelak..

Saya jawab kat ayah..eksyen betul ayah ni. 

Haha terus semua yang ada kat situ gelak. 

Esoknya bila saya ajak ayah pergi buat cermin mata, dia kata tak payah lah. Tapi saya tahu, ayah memang tak suka susahkan kami. 

Yang ke-2, ayah pesan beli telur penyu. 

Sehari sebelum balik KL, saya pergi pasar payang. Tapi macam dah petang, so sebelum pergi saya cakap kat ayah...nak makan sangat-sangat ke tak telur penyu.

Ayah cakap tak sangat. Tapi saya tahu, ayah sekali lagi tak nak susahkan anak-anak dia. 

Mungkin petang tu memang tak der rezeki ayah nak makan telur penyu, sampai jer kat pasar payang petang tu, kedai dah banyak tutup. 

Tapi alhamdulillah, adik pergi lagi sekali pasar payang esoknya, belikan ayah telur penyu.

Ni lah rupa telur penyu

Tahu tak masa saya balik kampung masa balik kampung, ada tinggal sebiji lagi telor penyu kat bawah tudung saji. Mak cakap ni balance telor penyu yang ayah makan. 

Cuba bayangkan perasaan saya bila tengok telur penyu tu. Memang sedih sangat.

Masa hari nak balik KL tu ayah tunjuk tangan dia. 

Ayah cakap dah takder isi, tinggal tulang jer. 

Aah memang betul, ayah memang dah kurus. 

Perut pun dah kempis. Masa urut badan ayah pun rasa tulang jer. 

Masa salam ngan ayah, dia mintak maaf atas salah silap dia. 

Masa tu macam ada rasa sesuatu, hinggakan masa pakai kasut, hati saya terdetik...entah-entah, ni kali terakhir saya jumpa ayah, dapat peluk ayah. 

Saya masuk rumah semula, peluk ayah lagi sekali.

Rupanya sangkaan tu betul...hari rabu lepas tu dapat panggilan dari abang. 

Masa tu memang pelik sebab memang tak pernah dengar abang menangis macam tu. 

Dia cuma cakap...baliklah cepat (rupa-rupanya, ayah dah collapse masa tu). 

Alamak, macam mana nak balik, saya baru jer 2 hari masuk kerja. Takkan nak cuti lagi, saya cakap kat abang. 

Tapi masa tu memang rasa tak sedap hati, terus kemas barang. Nekad jugaklah nak balik kampung. 

Selang dalam 10 minit, abang col lagi sekali. 

Kali ini abang cuma cakap ayah dah 'pergi'.

Tak ada apa yang boleh diucapkan selain perkataan innalillah.

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi ayah. Saya redha, walaupun tak sanggup kehilangan ayah.

Lagi sedih bila saya tak sempat nak tatap wajah ayah buat kali terakhir. Ayah meninggal kira - kira jam 3 petang dan alhamdulillah dikebumikan lebih kurang jam 7.30 malam.

Mak cakap, ayah 'pergi' senang sangat. Wajah ayah bersih jer.

Masa tengah duduk bersembang ngan adik beradik lain, tetiba along cakap...ayah kata dia puas hati dengan kami. Bersyukur sebab anak-anak dah jaga dia dengan baik sepanjang dia sakit. Alhamdulillah bila dengar macam tu tapi hakikatnya apa yang kami buat pada ayah memang sangat kecil berbanding kasih dan pengorbanan ayah kepada kami. Sekali lagi air mata kami bercucuran.

Mungkin anda boleh baca kisah ayah sebelum ni kat sini

Hargai Ibu Bapa Anda Selagi Hayat Mereka Masih Ada


Pada anda yang masih ada lagi ibu bapa, ingatlah jasa mereka.

Kita hanya ada satu mak dan satu ayah. Tak boleh nak pilih-pilih.

Berbaktilah kepada mereka ketika hayat mereka masih ada. Kalau ada rasa kecik hati, buanglah jauh-jauh.

Ingat lagi kata-kata ayah...seorang ayah ni, kalau kecik hati pada anak-anak memang tak lama. Tak pernah simpan dalam hati.

Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada mereka jika mereka telah meninggal. Ingat, hanya 3 perkara yang mereka bawa. Dan, salah satunya adalah kita...doa dari anak-anak yang soleh dan solehah!

Sekian dulu entry untuk kali ini. Jika anda rasa entry ni bermanfaat, jangan lupa 'like' entry ni. Semoga boleh memberi manfaat kepada orang lain juga.


Gambar Ketika Hari Raya Tahun 2014.



Inilah tong oksigen yang ayah gunakan sepanjang 2 tahun 


Ketika Sihat




blogger templatesblogger widgets

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates