Ads 468x60px

Thursday 9 April 2015

KELAS BLOG BERSAMA ABANG SADO



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan di blog ini dan saya doakan anda sentiasa sihat dan ceria!

Ermm rasanya macam dah lama je tak update blog ni...hihi.

Oklah kali ni saya nak share pasal kelas blog yang saya hadiri hari sabtu yang lepas.

Haha macam poyo jer tajuk entry ni kan?

Selalunya bila sebut abang sado mesti ada kaitan dengan exercise untuk dapat 6 pack kan (betul ke ejaan ni...ermm korang paham kot erk...hihi). Jangan terkejut, kali ni abang sado bagi 'talk' pasal FB Ads dan Blog pulak!

Nampak tak gambar 'abang sado' tu..(",)
Nanti saya cerita pasal 'abang sado' ni dalam entry lain tapi untuk entry ni let me share pasal kelas ni dulu eh. Tunggu....hihi.

Kenapa Perlu Ada Blog?

Ada tak korang terfikir kenapa perlu ada blog? Pastu, perlu ke nak pergi kelas blog bagai, tulis jer lah apa yang nak tulis kat blog tu!

Haa kalau korang nak tahu, blog ni ibarat 'kedai' untuk peniaga online. 

Cuba bayangkan, kalau kedai kita tu nun jauh dalam belukar, ada ke orang akan tahu. Mungkin orang akan tahu tapi lambat sikit lah kan?

Sebab tu perlu pergi kelas ni supaya orang akan nampak 'kedai' kita ni. 

Sebelum ni 'bapak' kami selalu sangat 'paksa' kitorang update blog! Tapi macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri...huhu.

Lepas ni saya akan berusaha untuk meng'update' blog ni sekerap mungkin! Insha Allah... 

Kelas FB Ads dan Blogs

Ni lah dia sebahagian dari 'anak cucu cicit' Nadia Musa yang hadir menimba ilmu

Ermm sebelum tu saya rasa bersyukur sangat sebab Allah dah gerakkan hati saya untuk join kelas ni. Banyak giler yang 'bapak' kami ni share dan rasa macam rugi sangat kalau tak join kelas ni.

Alhamdulillah, perjalanan untuk ke kelas ni dipermudahkan...tak sesat...hihi.

Lagi satu rasa macam lebih bertanggungjawab sejak ada 'anak cucu' ni...kuikuikui.

Sebenarnya kelas ni adalah eksklusif untuk Empayar Nadia Musa jer tau!

Ok lah, antara yang mentor saya ni ajar adalah bagaimana nak buat FB Ads.

Tahu tak kalau kat luar kena bayar tau kalau nak belajar menda ni, tapi kitorang di ajar secara PERCUMA jer! Jeles tak...hihi.

Haa lagi satu, kami diajar tentang keyword. Sebelum ni macam tak pernah tahu pun wujud benda macam ni. Hihi...mungkin saya ni buta IT kot tapi rasa bersyukur berada dalam group ni.

Syukur, sebab dapat mentor yang sentiasa membantu kami. Sebab tu lah DAO selalu pesan nak buat sesuatu mesti ada M.E.N.T.O.R.

Jom tengok apa yang kitorang buat masa dalam kelas.

Bob a.k.a Mus Daniel sedang mencurahkan segala ilmu yang ada 
Tengok tu, siap datang kat setiap orang untuk make sure kami faham!


Ni En.Adenan (Credit Control) dan En.Zaimi (Technical Accounting), dua-dua ni ex-boss saya...peace...


Ni Kak Ina...khusyuk betul dia dok godek blog dia tu....entah-entah tak perasan ada orang tengah perhati kat belakang...:-p. Kak Ina ni 'cucu' saya dan 'anak' kepada En.zaimi.


Walaupun duduk atas lantai jer tapi kami enjoy datang kelas ni. Tengok tu Diana tersengih sampai ke telinga, entah apa yang Bob buat lawak.
Ni macam sesi wrap-up la, kongsi balik apa yang kitorang dah belajar hari ni.


Sempat lagi berselfie kawan-kawan saya ni...:-p 

Bukan main seronok lagi si Husna ni, boleh tengok 'let it go' dia sepanjang kami kursus tu. Best kan, siap boleh bwak anak datang kursus...hihi


Sekian dulu entry untuk kali ini. Jangan lupa click 'like' untuk entry ni.

Kalau korang nak tahu apa lagi rahsia yang 'bapak' kami ajar, jangan lupa contact saya..;-)



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?



FREE CONSULTATION and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!





NORZALIZA MOHDShaklee ID : 1098263
013-2801973 (Call, SMS, Telegram, WhatsApp)

miaaiman21@gmail.com



COD Ke: Cheras, Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Desa Tun Razak, Bandar Tasek Selatan, Salak Selatan, UPM Serdang, HUKM Cheras, Damansara Heights, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, TESCO Ampang, KL Central, Jalan Tun Razak, Bangsar, UM Bangsar, UIA Gombak, Gombak, Giant Gombak dan kawasan sekitar.
blogger templatesblogger widgets

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates