Pejam celik... pejam celik...dah lebih 10 hari kita berpuasa kan?
Ramai dah kot yang tengah buat persiapan raya tapi jangan lupa plak bulan Ramadhan ni bulan ibadat. Jangan asyik kejar dunia je kan? Hihi sekadar peringatan untuk diri-sendiri.
Hari raya kalau tak ada biskut raya mesti tak sah kan? Setiap kali nak buat kuih, mesti tanya balik pak cik google, resepi2 biskut raya ni. So, kali ni saya nak share kat sini resepi kuih semperit susu yang saya dah buat dan sedap.
Gambar ehsan dari google |
Bahan-bahan yang di gunakan pun sikit jer. Tak perlukan bajet banyak...hihi.
Resepi tu saya ambik dari Blog Air Tangan Reen Khan.
Bahan-bahan
250 gm buttercup
1/2 tin susu pekat
100 gm tepung ubi
450 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
Untuk Hiasan
coklat chips/ coklat rice
Cara-cara
1.Butter dan susu pekat di pukul sebati.
2.Masukkan tepung jagung dan tepung ubi yang telah di ayak sikit-sikit
3.Tekap adunan tu. (Boleh je guna acuan semperit / bunga dahlia)
4.Tabur hiasan atas acuan tu.
5.Bakar pada suhu 150'c , 15-20 minit.
** saya gantikan tepung ubi dengan tepung kastard sebab lupa nak beli tepung ubi
** kalau nak tahu kira sukatan dalam bentuk gram boleh tengok kat sini.
Semalam mencuba!
0 comments:
Post a Comment