Ads 468x60px

Monday, 9 June 2014

Anak Tulis Huruf Terbalik???


Assalamualaikum.

Pernah tak nampak kanak-kanak tulis huruf terbalik? Selalu jugak tengok Aiman tulis huruf terbalik tapi macam tak kisah sangat sebab fikir kecik lagi. Normal kot.

Perasan tak nombor '5' tu terbalik



Yang ni plak, huruf  's' dan 'a' terbalik




Bila baca pun dia selalu tertukar antara huruf 'b' dan 'd'.

Tapi bila dah masuk 6 tahun pun still tulis terbalik, otak mula 'trigger' something. Eh Aiman ni normal ke tak ni. Otak ni mula la pikir macam-macam, risau. Ishh..nauzubillah. 

Saya pun mula la tanya pakcik google.

Rupanya memang ada satu penyakit bagi sesiapa yang tulis huruf terbalik ni. Nama penyakit tu adalah 'Dileksia'


Hantar Aiman ke sekolah 

Pagi tu hantar Aiman ke sekolah awal sket sebab nak jumpa cikgu dia. Alhamdulillah, cikgu cakap Aiman ni normal. Bagi kanak-kanak yang dalam usia anak saya ni normal kalau tulis terbalik. Leganya bila dengar macam tu.

Syukur...


Ciri-ciri Disleksia 

Jom baca apa ciri-ciri penyakit dileksia ni. Artikel ni di 'copy dari Harian Metro bertarikh 
2013/09/18.


Biasanya, kanak-kanak yang menghadapi disleksia akan menunjukkan ciri-ciri seperti tidak fokus dalam pembelajaran atau perkara yang dilakukan, banyak mengelamun dan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah dengan baik. 

Selain itu, mereka juga menunjukkan gejala lambat bercakap, sukar memahami dan sesetengah huruf ditulis secara terbalik yang menjadi kombinasi kepada masalah dis­leksia. 

Ada juga yang sukar untuk menonjolkan diri ketika berada di dalam kelas. 

Ibu bapa perlu tahu setiap penghidap masalah disleksia itu berbeza sesama mereka yang mempunyai kelemahan masing-masing. 

Justeru, apabila ibu bapa melihat anak ada masalah seperti itu apatah lagi usianya sudah melebihi tujuh tahun, dapatkan rawatan segera dan berjumpa dengan pakar. 

“Jika dibiarkan, ia akan memudaratkan si anak misalnya mereka mungkin mudah terbabit dengan masalah juvenil. Mengikut kajian, 40 hingga 50 peratus pesalah juvenil dikaitkan dengan penghidap disleksia. 

“Apabila kita tidak peka dengan masalah yang dihadapi, ini akan membuatkan mereka rasa rendah diri, sekali gus boleh bertukar kepada masalah sikap pula,” katanya. 

Ibu bapa tidak perlu menyisihkan anak yang mempunyai masalah itu kerana mereka sebenarnya boleh dibantu. Jangan panik tetapi ibu bapa perlu rajin membuat pemerhatian dan mencari maklumat sebanyak mungkin mengenai disleksia. 

Sokongan kuat daripada ibu bapa, keluarga, guru dan rakan sememangnya penting bagi mengelakkan rasa rendah diri yang akhirnya menggalakkan masalah emosi. 

Cuba lihat kekuatan yang ada pada mereka dan berilah sokongan melalui kelebihan yang dianugerahkan. 

“Penghidap disleksia mempunyai kelebihan mereka sendiri. Untuk mengetahuinya, ibu bapa seharusnya menyelidik dengan duduk berbual atau tanya perkara yang disukai. 

“Ambil masa untuk merapatkan diri dengan anak di samping melihat bakat mereka supaya boleh dikembangkan sekali gus memberi masa depan lebih cerah,” katanya. 

Ibu bapa perlu berbincang dengan anak dan jika ingin tahu kelebihan pada dirinya, boleh cuba menggunakan gambar jika mereka mempunyai masalah untuk memahami perkataan. 

Selain itu, ajak anak melihat huruf bermula ‘a’ hingga ‘z’ dan ketahui masalah yang dialami mereka bagi memudahkan ibu bapa membantu anak menyelesaikannya dengan cara berkesan. 

Jika membabitkan bacaan, cuba gunakan warna dakwat berbeza bagi menunjukkan suku kata atau huruf berlainan bagi mengurangkan kekeliruan, sekali gus dapat membantu mereka membaca dengan baik. 

Jika ibu bapa masih keliru dengan masalah disleksia, cuba dapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar untuk membantu anak supaya boleh berdikari dan berjaya. 

Perlu diingat, ibu bapa harus kreatif dan banyak bersabar untuk mendidik anak yang mempunyai masalah disleksia. 

Masalah berkenaan mungkin tidak dapat dikesan oleh ibu bapa yang bekerja apatah lagi jika anak dijaga oleh orang gaji atau pusat penjagaan kanak-kanak. Justeru, ibu bapa perlu sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan anak dengan bertanya kepada orang gaji atau penjaga pusat penjagaan itu selain guru bagi mengenal pasti keadaan sebenar mereka.


 
Sekian dulu perkongsian untuk harini. Thanks!


 


Jika anda rasa entry ni best, sila 'like' untuk manfaat kawan-kawan lain :-)





blogger templatesblogger widgets

3 comments:

  1. Now anak akak dh ok ke ? Adek sy darjah 1. Still tulis terbalik. Lagi2 bila sekolah agama menulis jawi start dri kanan.dy makin confuse. Ada tips tak nak bagi?

    ReplyDelete
  2. Now anak akak dh ok ke ? Adek sy darjah 1. Still tulis terbalik. Lagi2 bila sekolah agama menulis jawi start dri kanan.dy makin confuse. Ada tips tak nak bagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Emylia boleh mintak pandangan dari cikgu adik tu

      Delete

 
Blogger Templates