Ads 468x60px

Saturday, 20 December 2014

Apa Yang Menarik di Kuala Terengganu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya doakan anda sentiasa sihat dan ceria selalu. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini!

Selalunya kalau tiba time cuti, mesti kawan kawan sepejabat akan bercerita ke mana destinasi percutian mereka. 

Ya lah, time ni lah orang bandar macam kami boleh lari dari hiruk pikuk kesibukan kota. 

Selalunya keluar rumah sebelum matahari keluar dan balik rumah pula matahari dah terbenam.


Bandar Kuala Terengganu

Bila sebut terengganu jer mesti mereka akan cakap tempat ni best tapi bila malam jer sunyi sepi, tak hidup. 

Memang betul tu. Kalau nak dibandingkan dengan bandar besar lain, bandar Kuala Terengganu memang tiada aktiviti malam. 

Even di sini tiada wayang.

Tapi sebenarnya ada jer tempat yang korang boleh lepak termasuklah yang sudah berkeluarga.

Pantai Batu Burok

Pada musim cuti sekolah baru baru ini saya telah membawa anak anak serta anak buah ke Pantai Batu Burok di waktu malam.

Boleh tahan meriah di sana.


Kalau ke sini, anda boleh bersiar siar menaiki kuda berhias di sekeliling pantai, tapi tak lah jauh sangat laluannya.


Bayaran untuk menaiki kereta kuda tersebut adalah:

        RM 5 untuk dewasa
        RM 3 untuk kanak kanak

Ok lah tu kan, just nak bagi anak-anak enjoy.

Warung Nurazila

Setelah itu, anda juga mungkin boleh menjamu selera di warung Nurazila. 


Pada saya, lokasi warung ini sangat strategik kerana ia terletak berhadapan dengan Masjid Terapung. 

Jika anda ingin menikmati makanan tradisional Terengganu seperti nasi dagang, sup Terengganu dan laksam mungkin anda boleh cuba di sini.


Jangan risau, kat warung ni ada menyediakan masakan panas jugak. Pizza pun ada!

Sekian sahaja entry kali ini, InsyaAllah saya akan kongsikan tempat tempat menarik lain!





Terlampau excited si Aiman ni, siap baring lagi dalam kereta berhias tu.




blogger templatesblogger widgets

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates