Ads 468x60px

Thursday, 25 December 2014

Resepi Mak Su


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya doakan anda sentiasa sihat dan ceria!

Entry kali ni saya nak share sedikit resepi yang kami 'korek' dari mak su kami..hihi. So, saya tulis kat sini sebagai rujukan kami di masa akan datang..

Ok jom tengok apa resepinya.

Karipap


3 kg gandum
1 kg marjerin (cap pelangi)

*panaskan marjerin tu untuk menghasilkan karipap yang rangup.


Inti Karipap

Rempah kurma
Serbuk lada hitam
Kicap


Kuih Boom


1 kg tepung pulut
Segengam kelapa 
Secubit garam

*kelapa - untuk mengelakkan kuih boom meletup semasa digoreng

Cara cara
1) Uli bahan ni sehingga menjadi doh.
2) Bulatkan doh dan letakkan inti di tengah
3) Rehatkan sekejap dan goreng dengan minyak yang banyak

Inti

Sedikit halia
Bawang merah
Ikan (rebus)
Halba

* semua bahan di atas digoreng.

Roti Paung


1 sudu pelembut roti
1 peket yis 
1 kg gandum
1 cawan gula
1 1/2 air (guna tin susu)
1 biji telor
secubit garam


Cara-cara

Uli semua bahan sehingga menjadi doh dan rehatkan selama lebih kurang 30 minit. Kemudian bulatkan kecil-kecil dan masukkan ke dalam loyang

Tepung Gomok


1 kg tepung pulut
Air kapur
Air garam
Tepung kacang hijau (untuk menggaul)


Inti

Gula
Kelapa
Sedikit tepung pulut


Onde - Onde / Buah Melaka


1 kg tepung pulut
Segengam tepung gandum


Cara-cara
1) Uli semua bahan dengan air sehingga menjadi doh
2) Bulat-bulatkan dan letak sedikit gula melaka ditengah
3) Rebus di dalam air mendidih dan angkat serta toskan apabila dan masak.
4) Gaulkan dengan kelapa yang telah dicampur sedikit garam dan gula

Kuih Gopa 


1 biji telor
2 cawan tepung gandum
2 cawan air

*adunan yang sama untuk kuih gulung

Inti - sama seperti karipap

Laksam


Tepung beras
Sedikit gandum


Kuah

Ikan selayang/kembung - direbus
Santan
Bawang merah dan lada hitam - ditumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara

Masukkan semua bahan didalam periuk dan kacau sentiasa untuk mengelakkan 'pecah minyak'

Selamat mencuba!!

Sekian dulu entry kali ini. Lupa plak nak cakap, ni adalah kuih traditional Terengganu.
blogger templatesblogger widgets

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates