Ads 468x60px

Wednesday 19 November 2014

Master Celebration di Hotel Pullman, Putrajaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya doakan anda sentiasa ceria dan jangan lupa senyum sokmo..hihi, cakap ganu sket.

Kali ni saya nak share tentang master celebration untuk Master Firdaus dan Master Maria yang baru jer berlangsung pada 16 Nov 2014 di Hotel Pullman, Putrajaya. 




Mereka berdua merupakan insan yang sangat hebat dengan membawa empayar MFMS menjadi satu group yang sangat hebat dengan tagline "the most happening shaklee team in Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, majlis ni boleh dihadiri oleh sesiapa sahaja. Tidak terhad kepada ahli shaklee sahaja tau. Best ke best..:-)

Ucapan Aluan oleh Mr Victor

Majlis dimulakan oleh ucapan penghargaan dari Mr Victor kepada Master Maria dan Firdaus.


Antara perkara yang disentuh oleh Mr Victor adalah tentang impian. Katanya setiap orang mempunyai impian dan kita mesti berusaha untuk memenuhi segala impian kita tu.

Tambahnya lagi, shaklee boleh membantu kita semua sebab shaklee boleh bagi cash bonus, boleh bagi kereta FREE dan juga percutian secara percuma. Menarik ke menarik?

Shaklee membuka peluang kepada kita semua untuk bebas dari beban kewangan.

Presidential Master Shareeza Hashim



Beliau adalah wanita yang sangat hebat dan sekarang income beliau sudah melebihi 6 angka!

Antara pesanan beliau kepada kami 'cucu cicit shaklee' ni adalah untuk berjaya kita mesti sentiasa sentiasa positif. Selain itu, kita mesti sentiasa berusaha memberikan sesuatu yang boleh memanfaatkan hidup orang lain.

Master Ainul



Majlis diteruskan dengan ucapan dari 'mak shaklee' master Maria dan Firdaus.
Beliau memesan kepada kami semua agar sentiasa fokus dan komited dengan apa yang kita lakukan.

Suprise dari group MFMS.



Dalam majlis master celebration kali ini, Geng MFMS telah memberikan satu kejutan kepada master kami dengan menyampaikan lagu you raise me up. Diorang ni memang happening!



Master Firdaus


Kini tiba saat yang ditunggu-tunggu oleh semua orang iaitu ucapan dari Master Firdaus. Semua orang tak sabar untuk tahu rahsia kejayaan kedua-dua master ini.

Master Firdaus telah berkongsi tentang jatuh bangun beliau dalam bisness. Katanya, beliau pernah kerugian lebih daripada RM 20,000 ketika baru berusia 24 tahun. Pada ketika itu, hanya mak beliau sahaja yang tahu tentang liku-liku kehidupan yang beliau lalui ini.

Tapi, beliau tidak terus tersungkur dengan kegagalan yang beliau lalui. Malah terus bangkit dan fokus untuk keluar dari kegagalan tersebut.

Itulah rahsia kejayaan Master Firdaus. Terus tabah dan berusaha.

Master Maria




Master Maria juga telah berkongsi bagaimana dari seorang engineer, beliau menjadi seorang yang berjaya dalam bisness.

Beliau merupakan graduate dari Universiti of Shaffield, UK dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Sebelum ni, beliau sangat selesa dengan kerjaya seorang engineer.

Sehinggalah selepas beliau melahirkan anak. Beliau mula stress apabila anak selalu terjaga malam, ditambah pula susu badan yang sedikit.

Apabila anak tak cukup tidur, beliau keletihan di siang hari. Dah la, perjalanan ke tempat kerja mengambil masa lebih dari satu jam.

Master Maria cuba mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Dan, beliau telah 'berjumpa' dengan set menyusu shaklee.
Sejak dari situ, Master Maria telah jatuh cinta kepada produk shaklee especially ESP. Sama macam saya...hihi. ESP memang best!


Master Parade


Kemuncak kepada majlis ini adalah master parade. Di mana Master Maria Dan Firdaus telah diarak masuk ke dewan. Ala-ala pengantin masuk dewan..:-).


Sekian dulu entry untuk kali ini.


Meriah atas stage dengan anak-anak sekali

Sempat bergambar dengan PM Mama Cery
Jika anda mengubah hidup dan keluar dari masalah kewangan, jom join group MFMS bersama saya. Anda pasti tidak akan menyesal. Modal pun kecik hanyalah RM75 untuk seumur hidup tau.

Group kami bukan hanya mengejar dunia tapi seimbang antara dunia dan akhirat. Anda pasti tidak akan rasa rugi setelah join bisness shaklee. 

Setelah join bisness ini, mungkin anda akan menjadi orang luar biasa. Wallahua'lam.
blogger templatesblogger widgets

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates