Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya doakan anda sentiasa sihat dan bahagia.
Kali ni saya nak share sedikit ilmu yang saya perolehi dari seorang kawan.
Semoga ia mampu menambahkan saham akhirat kita.
Cara Untuk Bersedekah
1. Beli minyak wangi, tasbih, sejadah atau al-quran dan letakkan di masjid, surau atau musolla di pasaraya atau di R & R.
2. Belilah beberapa buah kerusi lipat yang berkualiti, dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat digunakan orang yg memerlukannya.
3. Beli makanan khas untuk burung-burung ada dijual di kedat haiwan. Letakkan pada bekas yang khas dan gantung di pokok bunga.
Anda akan seronok melihat burung warna-warni berkicau riang tanda bersyukur.
4. Setiap kali gaji keluar sediakan peruntukan khas untuk di sumbangkan sedikit kpd anak yatim atau fakir miskin.
Atau simpan untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid pada hari Jumaat nanti.
5. Maaf... sambil anda duduk mencangkung di tandas awam seperti di stesyen minyak, apa salahnya anda ambil hos getah pancutkan air bersihkan lantai tandas tersebut.
6. Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Kalau ada pinggan mangkuk yang kotor dan tidak di basuh oleh room mate basuhkan sajalah tanpa banyak merungut.
7. Berhenti di simpang yang tiada lampu isyarat, berilah orang lain jalan dahulu.
Jika kita memandu di sebelah lorong kanan dan ada kenderaan dari arah belakang memberi isyarat untuk memotong kita, beri sajalah sebab mungkin dia dalam keadaan kecemasan atau tergesa-gesa sakit perut nak terbuang air besar @ nak terkucil ke...
8. Sambil duduk-duduk di atas karpet masjid atau surau ketika mendengar kuliah atau tazkirah, carilah sampah-sampah kecil seperti benang stokin orang, batu-batu kecil dan seumpamanya masukkan dalam poket anda sementara. Kemudian buang dalam tong sampah bila kita keluar masjid atau surau tersebut.
9. Susun selipar atau kasut orang yang pergi ke masjid atau surau siap sedia menghala ke arah jalan.
Supaya memudahkan orang untuk memakainya tanpa perlu memusingkan badannya seperti selalu.
Sekian dulu entry untuk kali ni. Semoga kita berada di dalam golongan orang-orang yang sentiasa diberkati Allah....amin.
0 comments:
Post a Comment