Ads 468x60px

Thursday, 4 September 2014

5 Peranan Utama Sabar Dalam Kehidupan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
بِسْمِ اللهِلرَّحِيْم 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

Harini nak berkongsi satu lagi tazkirah pagi yang diberikan oleh Ustaz Muhaimin Shihabudin.


TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI. 

5 PERANAN UTAMA SABAR DALAM KEHIDUPAN.

Sabar merupakan akhlak yang utama dalam kehidupan seorang Muslim, bakan kedudukan sabar dalam ajaran islam, ia meletakkan sabar sebagai kepala iman dan separuh dari iman dan memberi pahala yang berlipat ganda bagi hambanya yang bersabar. Firman Allah SWT:

أُولَٰئِكَ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُم مَّرَّتَيْنِ بِمَا صَبَرُوا وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. (Q.S. al-Qashash:54).

Kesabaran banyak mengajar manusia erti kehidupan yang sebenar. Kerana dengan kesabaran dapat membentuk manusia yang memiliki keperibadian yang lebih sempurna berbanding manusia yang tidak pernah di uji dengan kesabaran. 


Oleh kerana itu peranan utama kesabaran dalam kehidupan manusia di antaranya:

1. Sabar Sebagai Ubat Dan Penawar Kesakitan

Setiap manusia yang ditimpa kesusahan ataupun keperitan hidup pasti akan merasa sakitnya dan beratnya menghadapi musibah yang dihadapinya. Namun kesabaran yang dimiliki oleh seseorang, dapat menjadi ubat dan penawar dari kesakitan dalam menghadapi musibah tersebut.

2. Mengajar Redha dan Sabar Dalam Menghadapi Musibah. 

Tidak ada manusia yang lepas dari pada ujian Allah. Oleh kerana itu jika musibah yang datang kepada kita. Walaupun ianya berat dirasakan bagi yang di timpa musibah tersebut. Namun demikian Redha dan sabar, ia akan mengurangkan bebanan dari musibah yang dihadapi. 

3. Meraih Pahala Yang Besar Dengan Sabar.

Seperti yang disebutkan dalam ayat di atas. Menunjukkan bahawa dengan kesabaran yang tinggi ketika kita ditimpa kesusahan. Maka Allah SWT akan memberikan pahala yang besar dan berlipat ganda kepada hambanya yang bersabar ealam menghadapi masalah dalam kehidupannya. 

4. Menguatkan Hubungan Manusia Dengan Allah.

Manusia kadang-kadang lalai dan alpa jika diberikan kesenangan hidup serta kemewahannya. Yang meyebabkan manusia semakin jauh dengan Allah SWT. Maka musibah yang menimpa hambanya yang dihadapinya dengan bersabar, akan menjadikan hambanya lebih dekat kepada Allah ketika musibah itu datang menimpa. 

5. Ada Hikmah Dan Kebaikan di Sebalik Kesabaran. 

Kadangkala manusia dalam menyelesaikan masalah dan musibah yang menimpa hanya tertumpu pada masalah tersebut, tanpa mengambil kira faktor yang lain. Kadangkala musibah yang menimpa manusia ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya, yang kadang-kadang manusia itu sendiri tidak mengetahui apa kebaikan dan hikmah di sebalik musibah tersebut.

Oleh kerana itu wahai saudara sekalian, jika musibah datang kepada kita. Bersangka baik dengan Allah. Kerana hakikatnya musibah yang menimpa kita, Allah maha mengetahui cara dan jalan mengatasinya. 

Ya Allah jadikan musibah yang Engkau timpakan kepada kami, dapat mengajar kami erti kehidupan yang sebenar bahawa kami adalah hamba yang lemah. Berilah kesabaran kepada kai salam menghadapi apa pun musibah yang datang menimpa kami. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui yang terbaik untuk hamba Nya dalam kehidupan. Aamiinn !!!!

Wallahu A'lam. 
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat. 
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan ILMU dengan SAUDARA KITA.
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN. 
Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua. 
Dunia Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

blogger templatesblogger widgets

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates