Ads 468x60px

Monday, 25 August 2014

Warisan Stokin Koyak





Al-Kisah seorang kaya raya (millionaire), sedang sakit parah..menjelang ajal menjemput dikumpulkanlah anak-anak tercintanya...

Beliau berwasiat: Anak-anakku...jika ayah sudah dipanggil yang Maha Kuasa, ada permintaan ayah kepada kalian "tolong di pakaikan stokin kesayangan ayah, walaupun stokin itu sudah koyak, ayah ingin pakai barang kesayangan semasa bekerja di ofis ayah dan minta kenangan stokin itu dipakai bila ayah dikubur nanti. 

Singkat cerita akhirnya sang Ayah meninggal dunia. 

Saat mengurus Jenazah dan saat mengkafani, anak2nya minta ke pak imam untuk memakaikan stokin yg koyak itu sesuai wasiat ayahnya. Akan tetapi pak imam menolaknya: "maaf secara syariat hanya 2 lembar kain putih saja yang di perbolehkan dipakaikan kepada mayat..". 

Terjadi diskusi panas antara anak2 yg ingin memakaikan stokin koyak dan pak imam yg juga ustaz yg melarangnya. Kerana tidak ada titik temu dipanggilah penasihat keluarga sekaligus peguam. 

Beliau menyampaikan: "sebelum meninggal bapak menitipkan surat wasiat, ayoh kita buka ber-sama2 siapa tahu ada petunjuk.." 

Maka dibukalah surat wasiat alm millionaire buat anak2nya yg di pesankan kepada peguam tersebut. 

Ini bunyinya: Anak-anakku pasti sekarang kalian sedang bingung, kerana dilarang memakaikan stokin koyak kepada mayat ayah...lihatlah anak2ku padahal harta ayah banyak, wang berlimpah, beberapa kereta mewah, tanah dan sawah di-mana2, rumah mewah banyak..tetapi tidak ada artinya ketika ayah sudah mati. 

Bahkan stokin koyak saja tidak boleh dibawa mati. Begitu tidak berartinya dunia, kecuali amal ibadah kita, sedekah kita yg ikhlas. 

Anak2ku inilah yg ingin ayah sampaikan agar kalian tidak tertipu dgn dunia yg sementara. 

Salam sayang dari Ayah yang ingin kalian menjadikan dunia sebagai jalan menuju Allah.... Semoga mengingatkan kita...

JANGAN BANGGA, JANGAN KITA BERLAGAK :
1. Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita - TANAH LIAT .
 2. Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita - KUBUR .
 3. Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita - KAIN KAPAN.
4. Jangan bangga dengan kereta dan motor besar kerana kenderaan kita yang terakhir - KERANDA 
 5. Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama kerana wangian terakhir kita - KAPUR BARUS 

blogger templatesblogger widgets

Saturday, 23 August 2014

Mencari Kebahagiaan Dalam Hidup




Tazkirah untuk muhasabah diri yang di sampaikan oleh Ustaz Sihabuddin Muhaemin.


10 Mutiara Kebahagiaan Manusia Dalam Hidup

Semua manusia menginginkan kebahagiaan hidup di dalam dunia ini, namun tidak semua manusia mendapatkannya. 10 Mutiara untuk mendapatkan kebahagiaan tersebut di antaranya:

1. Carilah Ilmu untuk menerangi jalan hidup kita.
Dengan Ilmu akan dapat menolong manusia dalam mengenal mana yang hak dan batil mana yang benar dan salah mana yang halal dan haram. Adam adalah manusia yang pertama yang di beri Ilmu setelah di ciptakan Allah.

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". (QS. Al baqarah: 31).

2. Dekatkan diri dengan Al Quran.
Dengan al- Quran telah berhasil membawa manusia dari jalan kegelapan kepada terang benderang, dari kemunduran pada jalan kemajuan.

3. Jaga hubungan dengan Allah dengan zikrullah.
Orang yang cerdik adalah orang sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dengan mengingati Allah adalah jalan kita untuk mendekatkan diri kepada Nya.

4. Beribadah untuk menghambakan diri kepada Allah.
Dengan melaksanakan ibadah kita kepada Allah, makin kita lemah dan daif di sisi Nya. Serta makin rasa yang kita banyak kekurangan.

5. Jauhi Maksiat dan Cepat Bertaubat.
Tisak ada manusia di dunia ini yang tidak ada salah kerana manusia tempat bersalah. Akan tetapi manusia yang berdosa dan bersalah adalah manusia yang cepat insaf dan bertaubat dari kesalahan tersebut.

6. Perbaiki Hubungan antara sesama manusia (Ehsan).
Manusia adalah makhluk sosial, yang memerlukan otang lain dalam hidupnya. Oleh kerana itu untun mendapatkan kebahagiaan tsb, manusia perlu menjaga perhubungan sosial dalam hidupnya.

7. Serahkan Urusan Kita Hanya Kepada Allah (Tawakal).
Sehebat apapun otak kita, tenaga kita, kekayaan kita, pangkat jawatan kita. Pasti kita akan buntu menghadapi masalah tsb. Maka jalan menghadapi masalah yang kita hadapi adalah dwngan bertawakkal.

8. Tinggalkan benda yang Sia-Sia (Lagho).
Untuk meraih kebahagiaan hidup, perlu meninggalkan perkara yang tidak penting dalam hidup. Elakkan dari melakukan perkara lagho.

9. Mohon kepada Allah Kesihatan dan Keselamatan.
Untuk mendapatkan kesihatan dan keselamatan, perlu ada sedikit usaha. Minum ubat ketika kita sakit dan berdoa untuk mendapatkan keselamatan hidup

10. Perbanyakkan Amalan Sholeh.
Semua manusia tidak ada yang tahu, bila umurnya akan berakhir. Oleh kerana itu dalam masa yang tek lama kita menjalani kehidupan ini. Banyakkan amalan kebaikan.

Ya Allah jadimanlah kami Hamba Mu yang terbaik di sisi Mu. Bahagiakanlah hidup kami Ya Allah di dunia dan akhirat kelak. Jadikanlah kami sebagi hambaMu yang dapat memberi kebaikan kepada orang lain dalam hidup kami. Aamiiin

blogger templatesblogger widgets

Koleksi Kertas Soalan Percubaan UPSR Peringkat Negeri



Apa khabar? Saya doakan anda sentiasa berada di dalam lindungan Allah swt.

Anak Busy Ibu Kalut



Seperti yang anda sedia maklum, peperiksaan UPSR bakal berlangsung pada bulan September ini. Jika ditanya pada ibu ibu yang mempunyai anak yang bakal menjalani peperiksaan UPSR, mesti mereka sedang sibuk membuat persiapan. Ibarat macam nak pergi berperang pulak.

blogger templatesblogger widgets

Saturday, 16 August 2014

Kisah Ayah dan Tonik Ajaib




 



Ahamdulillah saya masih dipanjangkan umur dan masih sihat. Semoga anda juga sentiasa diberikan kesihatan dan berada di dalam rahmat Allah.

Kisah kami dan Ayah

Saya bersyukur sebab dikurniakan seorang ayah seperti ayah. Macam pelik bunyi dia erk tapi tu lah tak ada kata-kata yang boleh di gambarkan.


Entry kali ni, saya nak berkongsi tentang kisah kami dan ayah. Mungkin ia akan sentiasa mengingatkan kami adik-beradik pada pengorbanan ayah.


`Masa kami kecik dulu, macam-macam pekerjaan yang ayah lakukan demi mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga. 

Kalau tengok surat beranak kami, mesti pekerjaan ayah yang tertera kat situ berbeza-beza i.e tukang rumah, cuci tembaga dan sebagainya.

Teringat masa kecik dulu, kami akan tunggu ayah balik dari kerja sebab ayah mesti bawak balik roti inti kaya untuk kami  dan ayah juga akan belikan baju sejuk untuk anak-anak dia sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh. Tapi ikut giliran la. By the time nak sampai turn kita, kadang-kadang baju tu dah koyak...hihi. 

Maklumlah, adik-beradik kami ada 7 orang.    



Gambar kami sekeluarga ketika hari raya tahun 2014

blogger templatesblogger widgets
 
Blogger Templates