Ads 468x60px

Friday, 7 March 2014

....Derita kanak2 5 tahun mengidap kanser otak.....

"Siapa sangka anak yang sebelum ni seorang yang sangat aktif dan periang tetiba terlantar sakit dan tak mampu untuk bergerak...."




Adik syahmir sangat suka bermain dengan teddy bear...(,")



Arini tergerak hati untuk bercerita tentang kisah adik Syahmir. 

Sebenarnya sebelum ni skali sekala je berjumpa dengan adik syahmir ni. Itu pun kalau kebetulan balik kampung time yg sama. Maklum la family dia menetap di negeri 9, sy pula di ibu kota.
Siapa adik ni sebenarnya erk?? Ha..dia sebenarnya anak kawan satu kampung, jiran sebelah rumah.
Satu hari masa kat kampung (dalam bln November 2013), terdengar tok ki (atuk) syahmir cakap..."anak Ju kena bedah lagi, buang ketumbuhan dalam kepala".


Lepas tu adik saya terus telefon kawan ni. Allahuakbar, rupanya adik syahmir mengidap kanser otak tahap 4. Masa tu tak tahu nak cakap, masing2 bergenang air mata. Bayangkan dia baru 4 tahun...

Lepas balik KL sy terus ke HKL utk melawat adik syahmir. Ya Allah, sedihnya tgk...dia x mampu untuk gerak kan badan, even mata pn x boleh bukak...Cuma kadang2 je kelopak mata dia bergerak sket2.

Menurut Ju (ibu adik syahmir), sebelum ni adik ni x pernah menunjukkan simptom2 yang dia sedang menghidapi satu penyakit yang merbahaya. Sebelum ni dia sangat aktif.

Sehinggalah 10 hari sebelum disahkan sakit kanser otak, adik ni kelihatan tidak bermaya dan kemuncaknya adik ni terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Dia terus di bawa ke hospital Seremban dan di sahkan menghidap kanser otak tahap 4. Adik Syahmir terpaksa di hantar ke HKL. 

Ju yang juga seorang jururawat terpaksa mengambil cuti separuh gaji untuk menjaga adik syahmir. Lebih malang lagi, ayah adik syahmir terpaksa berhenti kerja akibat kemalangan sebelum ini.
Rasanya x tertanggung dugaan yg di terima oleh Ju sekeluarga. Berat Mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Ju sekeluarga memerlukan RM2,000 sebulan, khas untuk adik syahmir. Ini termasuklah susu khas dan juga lampin pakai buang.

Setelah menjalani 7 kali pembedahan iaitu 5 kali di kepala dan 2 kali di dada, di samping 28 sesi radioterapi, adik syahmir di benarkan pulang ke rumah. Keluarganya hanya mampu berserah kepada Allah dan menerima apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku.

Teringat satu cerita dari Ju. Satu hari, dia terpaksa meninggalkan adik syahmir di hospital kerana ada hal 'emergency' di kampung. Air mata adik syahmir mengalir keluar ketika Ju memberitahu hal tersebut dan nurse yang menjaga adik syahmir juga mengalami situasi yang sama ketika menjalani radioterapi semasa ketiadaan Ju. Sebak hati mendengar cerita Ju ni.

Ju memang seorang yang sangat tabah. Sepanjang saya  melawat adik syahmir, x pernah setitik air mata keluar. Katanya, terlalu banyak dugaan yang di terima sejak kecil lagi, dia redha dgn segala dugaan Allah.

Akhir kalam, saya doakan Ju sekeluarga terus tabah menghadapi ujian yang sangat besar ni.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Ju sekeluarga boleh la terus transfer ke akaun dia di bawah. Semoga dengan sedikit bantuan yang kita hulurkan ni dapat meringankan beban untuk menguruskan adik Syahmir.



Adik syahmir telah kembali ke rahmatullah semalam 28 April 2014. Innalillah.

blogger templatesblogger widgets

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates