Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Saya doakan anda sentiasa sihat dan ceria.
Mesti korang terkejut bila tengok tajuk entry kali ni kan?
Haa jangan marah..saja jer buat tajuk entry macam tu. Bagi gempak sket...hihi gurau jer.
Kali ni rasa terpanggil untuk share pasal menjaga keaiban diri dan juga orang lain.
Angkara tersilap hantar message.
Rasanya semua orang tahu kewujudan whatsaap kan?
Yang bestnya kita boleh buat group..group bola la, group geng masak la ..dan macam macam lagi.
Ada satu group yang saya join ni, selalunya 1 message jer ada dalam satu hari.
Satu hari masa tengah tunggu adik untuk balik kerja tetiba saya nampak ada message lebih kurang 15 message dalam group tu.
Aik, pelik plak group ni ada banyak message.
Rupanya ada salah seorang dari kami tersilap sent message ke group tu.
Dalam message tu dia minta anak dia carikan set slimming dan ada lagi la ayat dia yang menyebabkan orang lain menyalah tafsirkan ayat tu.
Gurauan tu melibatkan hal family dia. Ada yang open minded bila tengok message tu dan ada juga yang mencebik.
Ishh macam macam perangai orang kan.
Bila sampai ke rumah terus hantar message kat dia tentang set slimming tu. Ya lah, shaklee kan ada set kurus. Mana tahu kot saya boleh bantu dia.
Masa tu saya anggap benda yang berlaku tadi tu perkara biasa jer. Tetiba akak tu reply, dia rasa malu sebab terhantar message kat group tu.
Niat asal dia nak bergurau ngan anak perempuan dia tapi benda tu dah jadi macam igauan ngeri, katanya.
Alamak, kesiannya akak tu. Tak der benda sangat yang mampu saya buat selain dari bagi kata kata semangat pada akak tu.
Lepas bertukar tukar message dengan akak ni, saya anggap benda ni dah selesai.
Rupanya esoknya saya terserempak ngan akak ni kat surau dan nampak muka akak ni tak ceria seperti selalu.
Tetiba dia bagitahu yang dia terasa malu sangat dengan apa yang berlaku semalam.
Dan yang paling saya geram, dia cakap orang yang tak ada dalam group tu pun tahu pasal ni.
Ishh, perlu ke diorang ni nak cerita kat orang lain pasal ni? Kan dah mengaibkan akak ni.
Jangan Aibkan Orang Lain
Dalam Islam selalu diajar jangan sekali kali menceritakan hal kawan kita kepada orang lain.
Ia akan mengaibkan orang lain dan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada persahabatan. Betul tak??
Walaubagaimanapun, ada situasi yang membolehkan kita membuka aib orang lain:
1) Orang yang dizalimi dibenarkan untuk mengadu kepada pihak berkuasa terhadap kezaliman yang berlaku.
2) Untuk meminta fatwa mengenai hukum hakam, di bolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tapi hanya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak boleh berlebihan.
3) Untuk memberi ingatan kepada orang lain akibat dari melakukan kejahatan. Ia boleh dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam.
4) Menceritakan tentang seseorang yang fasik dan melakukan segala kemungkaran seperti minum arak, peras ugut dan lain lain perkara batil.
Sekian dulu entry untuk kali ni.
Jika anda rasa entry ni bermanfaat, jangan lupa 'like' entry ini. Semoga ia juga akan memberi manfaat kepada orang lain juga.
0 comments:
Post a Comment