Ads 468x60px

Friday, 11 July 2014

3 Hukum Orang Yang Batal Puasa

Assalamualaikum.

Tazkirah ni saya copy paste daripada group WhatsApp office. Semoga ilmu ini dapat bermanfaat pada anda semua juga.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
( Sabtu 12 Julai 2014 )

3 HUKUM ORANG YANG BATAL PUASA.



Dalam syariat Puasa yang dilakukan oleh seseorang jika terbatal, Maka hukum batalnya puasa tersebut ada 3 perkara:

1. QADHA PUASA.

Kewajipan umum ke atas setiap Muslim yang dewasa yang meninggalkan puasa dengan sebab keuzuran ataupun tanpa keuzuran seperti:

- wanita yang datang haid maka wajib mengqadha puasanya, orang yang sakit yg boleh diharapkan sembuh dari sakitnya, wajib qadha ketika sembuh dari sakitnya. begitu juga orang yang murtad. Wajib mengqadha puasanya ketika kembali kepada Allah.
Adapun orang yang tidk wajib megqadha puasanya seperti
Orang kafir, anak kecil, orang gila.

Hukum mengqadha puasa tidaklah wajib berturut-turut, tetapi boleh beransur-ansur, samada terpisah atau terkumpul.

2. MEMBAYAR KAFFARAH.

Kewajiban KAFFARAH berlaku keatas orang yang melakukan persetubuhan disiang hari bulan Ramadhan. Bertuk kaffarah yang dikenakan ialah dengan memerdekakan hamba (fakta di zaman sekarang sudah tidak ada lagi hamba sahaya).

Jika tidak mampu memerdekakan hamba, maka berpuasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak mampu berpuasa, maka hendaknya memberi makan kepada 60 fakir miskin, setiap seorang adalah secupak.

3. MEMBAYAR FIDYAH.

iaitu bagi wanita yang mengandung ibu yang menyusukan anak, kerana khuatir kemudaratan ke atas ke atas bayi dalam kandungannya. Makabwajib membayar fidyah serta membayar qadha puasa yang ditinggalkannya.

Begitu pula dengan orang tua yang sudah lanjut usia yang sudah tidak mampu berpuasa, maka wajib dikeluarkan fidyah ke atas mereka dan tidak wajib untuk membayar mengqadha puasanya.

Inilah serba sedikit keterangan tentang perkara yang berkaitan dengan batalnya puasa. Untuk keterangan lebih detail tentang perkara di atas. Mungkin ustaz atau ustazah di surau tempat kita berada akan menerangkan lebih lanjut tentang hal tersebut.

Ya Allah jadikanlah puasa kami dapat mengajar kami serta memberi kefahaman kepada kami tentang ilmu serta memberi makna tentang erti kehidupan. Dan terimalah amal ibadah puasa kami pada tahun ini Ya Allah dengan ilmu yang kami miliki, agar puasa kami dapat meraih ketaqwaan kepadaMu. Sesungguhnya Engkau adalah Zat yang Maha Pemberi kepada hamba-hambanya. Aamiinn !!!!!!

 Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. .
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)

Catatan:
Sila kongsikan kebaikan dengan sesama kita.
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UTK DISEBARKAN.
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.
Insya-Allah Aamiinn !!!!!

Kritik dan saran yang membina sangat dialu alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau FACEBOOK: Sihabuddin Muhaemin.
Terima kasih.

- kami mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga Allah SWT menerima semua amal ibadah kita di sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Insya-Allah.

Wassalam.
blogger templatesblogger widgets

0 comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates