Assalamualaikum.
Alhamdulillah di beri kesempatan dan kesihatan untuk buat "sharing" kat sini lagi.
Balik kampung...ooo balik kampung
Alhamdulillah, 3 minggu lepas berkesempatan balik kampung.
Ermm kalau tak silap sempena cuti Thaipusam.
Selalunya kalau balik kampung, saya akan bawak anak-anak pergi mandi-manda kat pantai. Sama ada akan ke Pantai Batu Burok atau Pantai Pandak.
Maklumlah, kat KL ni tak ada pantai. Yang ada hanyalah Pantai Dalam. Tu pun tak ada air..hihi. Gurau jer!
Perkelahan Kali ini
Kali ni berkesempatan bawak anak-anak pergi mandi sungai plak.
Ce baca lirik lagu kat bawah ni
Pulau kapas, Pulau Redang
Kita lalu ikut Marang
Jangan lupa kuala berang
Sekayu comel, zaman berzamang
Sekayu comel, zaman berzamang
Na na na na na Teganu kita ( 2X )
Rasanya dah lama betul saya tak ke sana. Kalau tak silap dah lebih 6 tahun kot.
Mesti dah banyak betul perubahan.
Opsss sebelum tu, nak berterima kasih jugak pada adik saya, uda and our beloved cousin i.e Amira and Atikah! Sebab idea ni datang dari diorang.
Thanks a lot to three of them!
Lokasi perkelahan
Air terjun Sekayu terletak di daerah Hulu terengganu iaitu 16 KM dari bandar Kuala Berang melalui Jalan Kuala Berang - Sekayu dan 56 KM dari Bandaraya Kuala Terengganu.
Memandangkan lokasi ni agak jauh jadi kami mulakan perjalanan lebih awal. Kami bergerak dalam pukul 11.00 pagi. Excited la katakan...hihi.
Kalau nak tahu lokasi Air Terjun Sekayu, boleh click kat sini.
Perbezaan dulu dan Sekarang
Ini adalah pintu gerbang nak masuk ke hutan lipur ni |
Bila sampai je di air terjun sekayu ni banyak jugak nampak perubahan yang di lakukan.
Tempat ni pun nampak lebih terjaga.
Dan kereta pun boleh masuk sampai certain point jer. Letih sket la nak kena jalan.
Bila sampai je di pintu gerbang air terjun sekayu tu, kita kena bayar duit parking. Tak mahal pun, RM1 jer.
Ohh ada lagi, bila nak masuk dalam ada bayaran lagi.
Dewasa RM2
Kanak-kanak RM1
Kemudahan yang di sediakan
Taman Permainan a.k.a Taman Teman Air |
Kat dalam tu ada disediakan kemudahan asas seperti tempat persalinan baju, toilet dan surau.
Surau yang terletak dekat dengan pintu masuk |
Hihi..sekadar peringatan.
Selain tu ada jugak taman herba so pada sesiapa yang minat atau nak kenal pokok-pokok herba boleh la kot pergi ke taman tu.
Chalet jugak ada disediakan kat dalam tu tapi saya tak pasti pulak kos penginapan di situ sebab bila masuk dalam baru kami nampak chalet-chalet tu. Cuma nama-nama chalet ni agak pelik antaranya senduduk putih dan Batu Jin.
Kepada yang nak buat aktiviti perkhemahan pun sesuai datang ke sini sebab Ada tapak perkhemahan disediakan.
Di sana ada juga di sediakan dewan terbuka tapi terlupa plak nak snap gambar...huhu.
Banyak jugak la saya nampak penambahbaikan yang dilakukan di sini.
Well done to them!!!
Amaran
Kawasan air terjun ni agak berbatu. So, perlu berhati-hati terutamanya bagi golongan yang agak berumur.
kawasan ni agak berbatu, kena berhati-hati takut tergelincir |
Lagi satu apabila ke sini, perlu peka kepada fenomena 'kepala air'. Sekiranya terdengar siren, kita perlu beredar dari kawasan air itu kerana fenomena ini sangat berbahaya.
Peringatan tentang fenomena 'kepala air' . |
Jangan terlalu excited untuk mandi manda sehingga abaikan aspect keselamatan.
Selain itu, jangan lupa untuk membawa bekalan makanan. Sure lapar nnt. Masa kami pergi tu tak nampak plak orang berniaga kat situ.
Yang paling penting sila jaga kebersihan tempat ni kerana kita perlu 'mewarisi' tempat ini untuk generasi akan datang.
Perkhelahan bermula
Sebenarnya air terjun sekayu ni ada dalam 7 'tingkat' tapi kami hanya pergi ke perhentian yang pertama sebab tak larat nak mendaki..hihi
Baru tiba di Air Terjun Sekayu |
Mia yang paling excited kali ni sebab ada pelampung tu. Pelampung sebagai 'penyelamat'. |
Aiman just duduk atas batu ni sebab dia kata kaki sakit lepas terpijak batu kat dalam air tu..huhu |
Air dia sangat sejuk sampai tak sedar dah berapa jam berendam dalam air. Agaknya kalau naik atas lagi best kot.
Cuti-cuti sekolah boleh la bawak anak-anak datang ke sini.
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment